Tuesday, August 18, 2009

SERONOKNYA KAHWIN BUKAN UNTUK BERSERONOK-SERONOK

salam..... masih topik alam nikah kahwin.... semacam je topik di atas tu.. topik ni aku pinjam daripada salah satu tajuk dari buku pahrol mohd juoi, penulis kegemaranku.. dah lama nak share topik ni.. tapi rasenya inilah mase yang sesuai kot... memandangkan perkhabaran "Ustaz tak betul" (gelaran "ustaz" dikalangan wartawan hiburan)yang berkahwin selepas sebulan melafazkan cerai....
ayat-ayat spt 'kahwin itu seronok... kalu tau kahwin tu seronok dah lame dah kawin'@ rugi kalau tak kawin@kahwin tu ibarat syurga dunia' dan sebagainya ungkapan tentang SEBUAH PERKAHWINAN. tapi ape kes pulak ngan tajuk di atas?

pahrol menulis "Perkahwinan dimulakan dengan rasa CINTA.. itu seronok.. tetapi disempurnakan oleh rasa tanggungjawab, itu tak seronok..."

Semakin lama berkahwin, orang lelaki selalunya jadi semakin pendiam. manakala orang perempuan jadi semakin "BISING"....
orang lelaki dah mula rasa hidup semakin sukar. bila anak-anak bertambah ramai, tanggungjawab semakin berat, lelaki jadi semakin senyap. mulut seakan terkunci. wanita pula bila anak semakin ramai mulut semakin becok......

memang aku tak menafikan hal-hal ini... aku anak dah dua... anggaran ku satu taman perumahan ni pernah dengar suara aku.... sesekali terlepas perasaan amarah tu w/pun ku tahu itu kurang nilainya.... pening... mana nak fikirkan suami... anak2, urusan rumah tangga.. itu baru bab2 kekeluargaan... belum masuk bab2 kerja lagi.... mane peranan si suami...?sekadar mencari nafkah kah?
aku bersyukur suamiku banyak membantu dari segi urusan rumah tangga, pembelajaran mahupun kerja... namun aku barsimpati dimana aku dengar si isteri yg tengah berpantang anak pertama dihadiahkan dengan penampar...adakah para suami ni hanya nak tau senang, mudah dan nikmat sahaja...
tak berminat nak kaitkan hal ni dangan artis yang dimaksudkan diatas cuma nak buat renungan dan muhasabah diri.... wanita mana yang rela dimadukan, dan siapa pula yang mimpi untuk diceraikan... jadilah wanita yang paling bahagia.. tak bahagia di dunia, carilah bahagia di akhirat,
alam rumah tanga ni macam kite masak ikan siakap 3 rase.... kekadang manis, masam dan pedas...
p/s: kite ini hanya manusia biasa.... bukan maksum... bagi yang berpoligami.. beringatlah hati seorang wanita pun susah untuk dijaga apatah lagi 2@3@4 hati.. bonos la bagi anda seandainya tiada permasalahan wujud dalam menjaga hati..

2 comments:

  1. Salam, Izan

    Tahniah, dah ada blog dan teruskan berkongsi buah fikiran ye :)

    Rindunya pada kawan-kawan di Sri Aman.

    Semoga dapat jumpa suatu hari nanti ye, InsyaAllah :)

    -Kak Ina Jusin-

    ReplyDelete
  2. pernah saya bertanya kepada seorang rakan China Muslim ttg poligami.

    dia menjawab, "kahwin lebih dr satu jika seseorg itu adil, tetapi.... manusia biasa seperti kami mana ada yg seorg adil sepenuhnya."

    jawapan yg bagus, bagi saya. =)

    ReplyDelete