Saturday, July 25, 2009

LEBIH TAKUT CCTV DARIPADA ALLAH

salam kepada semua makhluk di muka bumi..... susulan penulisanku yang tanpa henti... bukan nak menunjukkan kehebatan diri, cuma untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian perbincangan....
berkenaan rumah tangga memang menjadi topik kegemaran ku.... entah kenapa... bukan nya sebab suka ambik tahu hal dalam-dalam kain orang tapi mungkin kerana ini adalah suatu alam yang meramaikan umat dan penilaian ke atas umat itu sama ada 'ada nilai' atau 'tiada nilai'.
topik akhbar berkenaan e-book jadi e-lucah.... pemberian komputer riba kepada murid sekolah di terengganu telah disalah gunakan.... tak tau nak salahkan siapa.... masalah di salah sebuah sekolah di Dungun di mana guru meliwat dua pelajarnya.... pun tak tau nak salahkan siapa... yang pasti jangan salahkan sesiapa.. tundinglah jari itu pada diri sendiri dulu... muhasabah diri...
susulan penulisan ku di mana 'ustaz betul' pun tengok video lucah... itu yang kita pandang yang mempunyai pegangan iman yang kukuh.... bukan nak menghentam para ustaz, tapi sekadar menyampaikan luahan yang mana kepada mereka inilah tempat rujukan segala kebaikkan... seandainya salah kata-kataku ini kenapa adanya ruangan 'tanyalah ustaz' di tv 9.. ruangan tersebut menjelaskan islam mengalakkan itu dan ini..., jauhi perkara itu dan ini... siap dengan dalil-dalilnya.... tapi sayang, ade juga segelintir ustaz ilmu yang mereka ade disia-siakan begitu sahaja....
"agaknya tak nak melepaskan nikmat dunia jugak kot....?"
sememangnya aku tak tahu nak memerangkan bagaimana untuk menghalang manusia daripada menonton video2 seumpama ini... aku tak berkuasa..... memohon kepada Allah sahajalah yang termampu dilakukan... ini semua ada kaitannya.... bermula daripada institusi kekeluargaan, seterusnya kemasyarakatan dan seterusnya nilai sebuah negara....
Semua kesan dan akibat ini akan ku terangkan dalam artikel sekiranya aku diberi peluang suatu hari nanti.... saat ini aku cuba membawa dalam bentuk situasi...
" seorang anak muda yang sering menonton video yang menayangkan kehebatan di ranjang, aksi bercium di dalam lif, bentuk badan gadis yang sedang mandi yang tak tau malu , yang tak bermaruah yang mana menjadi keseronokkannya sang lelaki terbabit... lebih menyeronokkan apabila mendapat sokongan moral daripada rakan taulan... siap bole berkongsi-kongsi menonton....
hasil daripada perkongsian tersebut, salah seorang rakannya telah berkeluarga turut serta dalam aktiviti yang tak berfaedah tersebut.... Alangkah terkejutnya perempuan yang dia tonton itu adalah anak daranya yang baru berusia belasan tahun..."
itu situasi pertama......kesinambungan dalam jangka panjang....
" sang ayah memegang jawatan yang dipandang mulia oleh masyarakat.... tetapi angkara si ayah yang suka kepada video yang tak barfaedah semasa mudanya telah diperturunkan kepada anak jantannya pula.... macam mana si ayah nak marah si anak sedangkan dia sedang mengamalkan proses "bapak borek anak rintik"
Kepeda mereke-mereka ini... berpuasa lah.... itu yang diajar dalam islam... jangan mendekatkan diri ke arah zina mata zina hati.... jangan bersms lucah, jangan wujudkan perasaan terhadap perempuan2 yang bukan muhrim, yang pasti jangan menipu... tak kan nak tunggu Ramadhan baru nak tinggalkan semua ni....
mungkin tulisan ku ini menampakkan 'BIAS' tetapi aku ade dengar yang mengatakan wanitalah yang paling ramai di neraka.....

aku suka akan petikan Nabil Raja Lawak...... "Lu Piiiiiikiiiiirrrrr la sendiri...."

Ya Allah.... internet merupakan DAJAL yang telah muncul pada zaman ini.... ini apabila internet disalah gunakan.... dunia semakin menghampiri akhir zaman...
NILAI DIRI NILAI HATI

Sunday, July 19, 2009

alahai......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

assalamualaikum.... menulis blog latihan kepada ku untuk menulis tesis yang belum start ape ape lagi.... tetapi sedikit sebanyak aku 'lega'..... kesinambungan yang berserabut dalam diri rupanya ada dalam majalah mingguan wanita yang gambar Catriana kawin... (lupa keluaran bile...) berkenaan perempuan yang kurang senang tentang video-video prono.....
hakikatnya.... manusia memang sukar untuk mengawal manusia.... mintalah bantuan daripada Allah kerana dia maha mendengar dan maha mengatahui.... Kaum perempuan janganlah terlalu cepat dalam membuat keputusan.... seelok-eloknya.... berilah peluang mencari jalan penyelesaian dengan melayan perasaan suami yang mungkin memerlukan "perhatian" yang lebih.... ujian Allah kita tak tau datang cepat atau lambat, maka apa yang penting............ Cintalah kepada Allah sepenuh hati....

Sunday, July 12, 2009

mandi......

assalamualaikum..... permulaan yang ingin memohon keberkatan ke atas semua makhluk Allah di muka bumi....
setakat luahan perasaan yang bermain di fikiran.... mungkin juga kerana baru nak start semester baru .... dah lama berdiam elok rasenya bersuara disini......
kenape perlu lelaki menonton video lucah????? "entah la laki ni... bile di ajak mandi skali tak nak tapi tengok gambar pompuan lain mandi nak pulak...".." kenape la nak dikongsi-kongsi tengok video lucah.... kalu nak tengok, tengok la sorang-sorang.... tak perlu di kongsi-kongsi... tak payah save kat komputer pung...." " agaknye tak puas lagi tengok perempuan-perempuan yang "telanjang" (perempuan seksi) kat luar sane..." ataupun orang yang alim (ahli agama) segan nak menunjukkan belangnya..."
bila sebut ahli agama, aku cuba untuk mengatakan @ menenangkan jiwa aku bahawa mereka juga manusia.... iblis yang dekat mereka lagi la "bapok besornye" berbanding ngan orang biase2.
pendapat aku kalu la para "ustaz betul" pun joint dalam perkara yang tak elok nie, pandangan aku amat HINA kepada mereka.... JIJIK...MUNAFIK.... aku taknak cakap ape yang patut mereka buat atau ape yang perlu mereka laksanakan .... itu semua dah sedia maklum... mereka lebih jelas tentang hukum hakam berbanding aku.... aku nak keluarkan dalil pun aku tak mampu... tapi bagi aku, kalu la ini ajaran yang ditunjukkan bertentangan dengan ape yang disampaikan.... produk yang tak elok lah hasilnya...
kalu lelaki bujang gelenya sangat nak tengok... kawin la... pah tu tengok la puas2 yang halal... bagi yang berbini lebih satu pun.... ape lah yang dicarinya lagi.... hinggakan mende tu nak dijadikan santapan.... tak cukup seksikah bini-bini di rumah?
mungkin aku pun tak layak untuk membincangkan hal ini... kerana bagi aku yang sekadar sembahyang lima waktu (itupun time suci je) tak boleh nak tandingi orang yang sembahyangnya lebih lima waktu (termasuk solat sunat).... hanya Allah yang mampu menilai hati budi manusia....

p/s:luahan ini tidak kene mengena dengan sesiapa.... kalu ade maknenya dia makan cili.....lagi satu.... aku bukan bini ustaz tapi aku bini seorang guru bahasa arab yang juga manusia biasa

Monday, July 6, 2009

Ape kate survey....

Bila kete dah nak abih bayar...........

kete ni ok... suamiku punyelah suka siap bole ambik flyers kat giant kota damansara... tapi bila aku try masuk.... alamak aku tak bole membesarkan badan... kalu badan naik je akan terase kekecilannya... tapi bole angkut buku-buku laki aku yang banyak itu...
kelemahan kete ni tak de boots... so tak leh nak buat car boots sales.... reject...

kete ni pulak macam org dolu-dolu je... belum tiba masenye lagi....lagi pun tak nampak sporty.. ataupun aku yang pernah tgk kete ni yang dah di make upkan...

yang ni pulak macam best.... tapi aku ni tak la suke kete besar2, anak 2 dah, campur aku dan suami 2... aku nak cari kete yang memanjang di depan sebabnya anak-anak ku semua berebut nak duduk ngan aku...makanya

ini lah kete yang terbaik..... dua kali bayar lagi dah jagi hak milik sendiri... bukan milik bank.... boleh pikir nak bayar pitipien pulak.... no plat kete ni pun mempunyai makne tersendiri.. biarlah rahsia antara aku dan suami....

P/s: sesungguhnya kehidupan manusia ini tak pernah puas.... bak kate suamiku... kalu nak semua... nung...tunggu kat syurga nanti.... (ayat yang wat mati ayat)