Friday, November 20, 2009

ayat-ayat cinta......




Assalamualaikum....
lama sungguh tempoh rehat ku dalam penulisan.... tapi tak pe... agar semangat untuk menulis tetap ada...
kali ni menceritakan kecantikkan sesuatu ayat sehinggakan menjadi ayat-ayat cinta... seperti sedia maklum penulis kegemaran ku adalah Pahrol... aku tak kan melepaskan setiap keluarannya di anis dan solusi yang kebanyakkan berkenaan CINTA. cinta kepada manusia, makhluk, Allah dan rasul.
keluaran ke 13 majalah solusi, ku petik ayat Us Pahrol "setiap masalah yang menimpa merupakan CUBITAN kasih daripada Allah ke atas umatnya." ayat itu sungguh memotivasikan diri aku agar jangan mengeluh dengan masalah tapi mencari jalan menangani masalah. itu lah merupakan sebuah kejayaan.
sekitarku di kelilingi pelajar dan guru2... kekadang ku dengar luahan dan keluhan. bukan aku kate aku tak mengalami situasi itu, aku jua turut merasainya. tetapi cara yang bagaimana kita pilih... adakah dengan mengherdik? marah-marah? memekik melolong? salah menyalah kan orang lain? itu ke jalan penyelesaiannya? entah macam mana aku bole katakan masyarakat sekarang nak semua cepat... serba serbi cepat... agaknya sebab banyak sangat makan makanan segera.. (memang ini ada kaitan dgn tajuk kajian penyelidikan ku) ada juga sebilangan yang memilih lari daripada masalah... adakah di tempat baru itu akan menyelesaikan masalah sekiranya tiada perubahan dalam diri? entah la... tak tau nak cakap macam mana lagi dah... terutama kepada anak didik ku... ape yang bole aku buat sebagai guru dan rakan kerja , aku cuba akan menonjolkan etika /model yang terbaik untuk mereka insya allah....

aku ini manusia yang tak dapat lari dari masalah... di mana aku ingatkan aku dah 'baik',namun, rupa-rupanya kita ni kena pilih persekitaran yang baik2 juga... sebagai contoh perbualan ku bersama suami... "Cantiknya ayat-ayat penulisan Us Pahrol ni.... ". Suami ku berpesan "tapi cantik lagi ayat-ayat Allah...." (niat nak jealouskan dia, rupanya dia pulangkan buah keras). kepada suamiku... setiap penulisan Us Paahrol yang ummi baca tiada tandingan kehebatan abang membaca terjemahan Hadis 40 setiap kali selesai solat maghrib. ummi teruja mendengar / melihat kepantasan abg dalam menukar istilah bahasa arab ke bahasa melayu dan juga memberi penerangan setiap hadis yang di baca.... semoga makin ramai ulama (org yang berilmu) bakal lahir bagi mententeramkan keadaan umat islam....

Mandi wajib air hujan?


salam ukhwah buat sahabat handai dan juga halaman yang telah lama ku rindui... Insya Allah dengan tibanya ruang yang ada, boleh lah kiranya aku meluangkan masa pada ruang sosial ku ini..... kekadang terharu aku dibuatnya dengan dorongan kengkawan... bole ke dibukukan? sedangkan suamiku sendiri yang agak tinggi ilmunya pun belum bersedia untuk melibatkan diri dalam penulisan ape tah lagi aku...
Buat kali ni, belum berminat untuk membincangkan topik yang berat2... just perkongsian ilmu yang berbentuk santai dan lucu tapi bukan lucah... kepada pihak terbabit bukan niat untuk mengaibkan tapi mengurangkan tekanan....
kisahnya melibatkan 3 pihak, seorang (A)yang begitu pekat dengan kechek pantai timurnya, seorang (B) yang begitu pekat loghat utaranya dan seorang (C) lagi menggunakan bahasa standart (bukan niat nak menunjukkan kenegerian tapi cuba bayangkan mereka berbual dengan bahasa masing2 -indahnya Malaysia)
Si A: Ape hukum mandi wajib ngan air hujee?
Si C: Tengok la.. kalau air tu melebihi 2 kolah, boleh...
Si A:( Tak puas hati) doh bule ko dok ni? 2 koloh?
Si C: Tengok la... macam kat masjid kan ade kolah, tengok keadaan jugak cara ko mandi hujan tu. menutup aurat ke tak.....?
Si A: (macam blur-blur lagi...)
(Perbincangan yang panjang lebar oleh si C kepada Si A tentang mandi wajib ngan air hujan...sampai boleh berlarutan bab2 tayammum lagi )
At last datang heroin yang menyelamatkan keadaan:
Si B: air hujee dia tu shower la....
Si C: (Agak bengang.....)

Sebenarnya, setelah kisah ni, aku acu cuba try test tanya suamiku soalan yang sama... "ape hukum mandi wajib ngan air hujan?" Suami ku hanya kate "boleh kot"....
aku rase dia memberikan jawapan yang agak takut2... sebab ia melibatkan hukum...


Nilai: lain kali cakap biar terang......