Friday, November 20, 2009

ayat-ayat cinta......




Assalamualaikum....
lama sungguh tempoh rehat ku dalam penulisan.... tapi tak pe... agar semangat untuk menulis tetap ada...
kali ni menceritakan kecantikkan sesuatu ayat sehinggakan menjadi ayat-ayat cinta... seperti sedia maklum penulis kegemaran ku adalah Pahrol... aku tak kan melepaskan setiap keluarannya di anis dan solusi yang kebanyakkan berkenaan CINTA. cinta kepada manusia, makhluk, Allah dan rasul.
keluaran ke 13 majalah solusi, ku petik ayat Us Pahrol "setiap masalah yang menimpa merupakan CUBITAN kasih daripada Allah ke atas umatnya." ayat itu sungguh memotivasikan diri aku agar jangan mengeluh dengan masalah tapi mencari jalan menangani masalah. itu lah merupakan sebuah kejayaan.
sekitarku di kelilingi pelajar dan guru2... kekadang ku dengar luahan dan keluhan. bukan aku kate aku tak mengalami situasi itu, aku jua turut merasainya. tetapi cara yang bagaimana kita pilih... adakah dengan mengherdik? marah-marah? memekik melolong? salah menyalah kan orang lain? itu ke jalan penyelesaiannya? entah macam mana aku bole katakan masyarakat sekarang nak semua cepat... serba serbi cepat... agaknya sebab banyak sangat makan makanan segera.. (memang ini ada kaitan dgn tajuk kajian penyelidikan ku) ada juga sebilangan yang memilih lari daripada masalah... adakah di tempat baru itu akan menyelesaikan masalah sekiranya tiada perubahan dalam diri? entah la... tak tau nak cakap macam mana lagi dah... terutama kepada anak didik ku... ape yang bole aku buat sebagai guru dan rakan kerja , aku cuba akan menonjolkan etika /model yang terbaik untuk mereka insya allah....

aku ini manusia yang tak dapat lari dari masalah... di mana aku ingatkan aku dah 'baik',namun, rupa-rupanya kita ni kena pilih persekitaran yang baik2 juga... sebagai contoh perbualan ku bersama suami... "Cantiknya ayat-ayat penulisan Us Pahrol ni.... ". Suami ku berpesan "tapi cantik lagi ayat-ayat Allah...." (niat nak jealouskan dia, rupanya dia pulangkan buah keras). kepada suamiku... setiap penulisan Us Paahrol yang ummi baca tiada tandingan kehebatan abang membaca terjemahan Hadis 40 setiap kali selesai solat maghrib. ummi teruja mendengar / melihat kepantasan abg dalam menukar istilah bahasa arab ke bahasa melayu dan juga memberi penerangan setiap hadis yang di baca.... semoga makin ramai ulama (org yang berilmu) bakal lahir bagi mententeramkan keadaan umat islam....

No comments:

Post a Comment