Monday, August 24, 2009

puasa yang indah.....



Ramadhan kareem.... alhamdullilah... berkesempatan juga aku berpuasa pada tahun ini... permualaan puasa disambut bersama keluarga di kampung... hati ini gembira sungguh... anak-anak ku pun sampai tak nak balik ke kl sebab syoknye duk kat kampung...
di saat bulan yang penuh keberkatan aku terkenang diawal usia berkahwinan ku dengan suami.. pada tahun pertama kami menyambut ramadhan adalah saat berjauhan... hanya berjumpa di hujung minggu sahaja.. bila dapat tahu suami ku akan pulang akan ku sambutnya di bus station Chini. keesokkan harinya baru kami akan pulang ke rumah ibubapa ku di kuantan.... Kuantan... indahnya kenangan di sana.. ayahku yang kerjanya sebagai peniaga tidak melepaskan peluangnya untuk berniaga di pasar ramadhan. seingat aku antara banyak2 tempat ayahku dapat tempat, ayahku memilih untuk dia jaga di PARAM(singkatan pasar ramadhan)kat ngan masjid besar kuantan (padang MPK). pada masa itu aku agak segan dengan suamiku dimana persediaan berbuka puasa bagi keluarga kami agak tidak sesempurna orang lain.. di mana pada awalnya kami bawak balik lauk dan berbuka tanpa ibu bapa oleh kerana mereka berbuka di param. di ringkaskan cerita, apabila melihat orang ramai yang berbuka di padang MPK siap bentang tikar macam berkelah kami pun joint skali berbuka di sana. aku lihat suami ku jenis SEMPOI maka aku pun hilang sedikit rase segan.
kenangan berbuka di kuantan tinggal kenangan... rindu sunguh aku kepada aboh...
sekarang ini, lain pula cara berbuka tetapi menu utama tetap ade... SUP TULANG AYAM..he...he.. he...
Nilai kali ini nilai sup tule aye....

Tuesday, August 18, 2009

SERONOKNYA KAHWIN BUKAN UNTUK BERSERONOK-SERONOK

salam..... masih topik alam nikah kahwin.... semacam je topik di atas tu.. topik ni aku pinjam daripada salah satu tajuk dari buku pahrol mohd juoi, penulis kegemaranku.. dah lama nak share topik ni.. tapi rasenya inilah mase yang sesuai kot... memandangkan perkhabaran "Ustaz tak betul" (gelaran "ustaz" dikalangan wartawan hiburan)yang berkahwin selepas sebulan melafazkan cerai....
ayat-ayat spt 'kahwin itu seronok... kalu tau kahwin tu seronok dah lame dah kawin'@ rugi kalau tak kawin@kahwin tu ibarat syurga dunia' dan sebagainya ungkapan tentang SEBUAH PERKAHWINAN. tapi ape kes pulak ngan tajuk di atas?

pahrol menulis "Perkahwinan dimulakan dengan rasa CINTA.. itu seronok.. tetapi disempurnakan oleh rasa tanggungjawab, itu tak seronok..."

Semakin lama berkahwin, orang lelaki selalunya jadi semakin pendiam. manakala orang perempuan jadi semakin "BISING"....
orang lelaki dah mula rasa hidup semakin sukar. bila anak-anak bertambah ramai, tanggungjawab semakin berat, lelaki jadi semakin senyap. mulut seakan terkunci. wanita pula bila anak semakin ramai mulut semakin becok......

memang aku tak menafikan hal-hal ini... aku anak dah dua... anggaran ku satu taman perumahan ni pernah dengar suara aku.... sesekali terlepas perasaan amarah tu w/pun ku tahu itu kurang nilainya.... pening... mana nak fikirkan suami... anak2, urusan rumah tangga.. itu baru bab2 kekeluargaan... belum masuk bab2 kerja lagi.... mane peranan si suami...?sekadar mencari nafkah kah?
aku bersyukur suamiku banyak membantu dari segi urusan rumah tangga, pembelajaran mahupun kerja... namun aku barsimpati dimana aku dengar si isteri yg tengah berpantang anak pertama dihadiahkan dengan penampar...adakah para suami ni hanya nak tau senang, mudah dan nikmat sahaja...
tak berminat nak kaitkan hal ni dangan artis yang dimaksudkan diatas cuma nak buat renungan dan muhasabah diri.... wanita mana yang rela dimadukan, dan siapa pula yang mimpi untuk diceraikan... jadilah wanita yang paling bahagia.. tak bahagia di dunia, carilah bahagia di akhirat,
alam rumah tanga ni macam kite masak ikan siakap 3 rase.... kekadang manis, masam dan pedas...
p/s: kite ini hanya manusia biasa.... bukan maksum... bagi yang berpoligami.. beringatlah hati seorang wanita pun susah untuk dijaga apatah lagi 2@3@4 hati.. bonos la bagi anda seandainya tiada permasalahan wujud dalam menjaga hati..

Saturday, August 15, 2009

Nilai buku

saat sekolah ku dikuarantin aku kuarantin diriku untuk mencari sesuatu yang boleh aku seronok di rumah..... akhirnya aku memilih untuk menampakkan hasil atas penat lelah suamiku dalam urusan mencari nafkah untuk keluarga. ape lagi... prabiskan duit dia yang masih diawang-awangan..(kate dia), aku shopping dia bayar....(aku suke betul bab2 shopping :b )
akhirnya aku memilih untuk mendekorasi bilik kecik untuk dijadikan reading room la konon2nya.... inilah yang aku dapat aku laksanakan sebagai seorang isteri yang cuba menjaga harta suamiku....

proses sebelum.....



hari yang aku pergi, sangkaan ku barang yang di beli akan di hantar 2@3 hari kemudian.... rupa-rupanya hari itu jugak dia akan hantar ke rumah.... alamak, sape nak angkut buku2 n paper2 lame dia tu? aku ke? asudah... tak pe la... aku buat la jugak pelan2... akhirnya... dapat la dikosongkan 3/4

dapat jugak aku suprisekan suamiku selepas dia balik kerja... aku serahkan tugas seterusnya kepada tuan punya.... yang best skali si kecik pun turut joint dalam penyusunan buku2.

kesudahkan boleh jugak bilik tu digunakan untuk dijadikan ruang sosial/ibadah kami sekeluarga.... sampai sekarang masih bau kedai lagi....


Alhamdulillah.... selesai 1/10 bahagian2 harta suamiku dapat disusun pada tempatnya...