Monday, September 28, 2009

kenangan terindah......


BELUM TERLAMBAT KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA" KEPADA SEMUA UMAT ISLAM. MOHON KEMAAFAN ATAS KEKASARAN BAHASA, TERSENTUH HATI DAN TERGANNGGU EMOSI SEPANJANG PENULISAN DALAM BLOG-BLOG INI...
p/s: rindu untuk menulis, tapi tuntutan kerja membatasi kehendak hati...

Friday, September 11, 2009

RENUNGAN DARIPADA NUR KASIH

Ramadhan Kareen untuk semua.... telah tiba 10 malam terakhir yang sepatut direbut-rebut dalam mengejar malam yang paling agung....
dalam rebut-merebut amalan di bulan puasa ini, aku tetap akan mengadap depan tv pada setiap malam hari jumaaat jam 9.00 malam -10.00 malam. sebab apa? sebab 'NUR KASIH' di tv 3. aku pun tak taulah apa kekuatan cerita tersebut... terawih? kat umah..bukan sbb tv...

mengisahkan dua adik beradik yang berlainan karektor seorang berlandaskan ke jalan Allah manakala seorang lagi sebaliknya. berlatarbelakangkan keluarga yang kuat agama. Disini menunjukkan bahawa amal kebaikan tidak dapat diwarisi. bapak ustaz tak semestinya anak-anak mereka lebih baik daripada ustaz. ia boleh jadi lebih teruk...
banyak kisah kekeluargaan yang positif dalam kisah ni. aku sendiri suka 'code'kate-kate aidil dalam cerita tersebut... "orang2 cerdik macam adam, tak faham kalau tak sembahyang muka bertukar menjadi babi". konteks yang memerlukan perubahan dalam arus pendidikan samada dalam mendidik anak-anak mahupun pendidikan formal @ informal. walaubagaimana yang lama juga tidak boleh dilupai terus....

ish...banyak betul la kisah teladan yang boleh di 'code' daripada kisah ni...
selain daripada itu aku melihat daripada konteks indahnya islam dalam mencari keredhaan cinta. dimana adam telah berkahwin secara paksa dan peranan nur yang menerima cinta adam seadanya buat masa itu demi untuk mematuhi permintaan ibubapanya.

ingin aku cerita sedetail-detailnya namun, apakan daya, undang-undang pada diri agar tidak terlalu lama memperuntukkan kerja-kerja sosial di sini. oleh demikian cuba untuk diringkaskan... moral of the story yang boleh aku buat ialah:

1. jangan dijadikan alasan perkahwinan yang diatur oleh keluarga tidak akan bahagia. bercinta bertahun-tahun belum menjamin kebahagiaan. walaubagaimanapun tak dinafikan berlaku juga sebaliknya, namun itulah ujian yang Allah turunkan bagi memastikan gred kite diakhirat kelak. ini yang memerlukan kekreatifan dan juga ilmu pengetahuan...

2. pentingnya kesabaran dalam setiap ibadah... ingat, "ibadat tak semestinya sembahyang semata-mata, masuk toilet dengan membaca doa daan langkah kaki kiri itu pun dah jadi satu ibadah"- code: ayat daripada cerita "CINTA SEMPURNA" sesungguhnya, nikmat sabar tu akan meninggalkan kesan yang sangat manis akhirnya... hakikatnya aku sendiri kurang sabar tapi belajar untuk lebih sabar

3. sentiasa tiada kata-kata sudah terlambat untuk bertaubat dan belajar agama. hidayah yang Allah beri/sampai kepada seseorang datang dalam macam-macam cara. walaubagaimana pun ini semua bergantung pada diri... spt mana aku berbual dengan bekas-bekas penagih dadah, mereka pun katakan yang sama. bila terjebak dan proses baikpulih balik semua itu antara nak @ tak.. tepuk dada tanya iman.

4. berkawan dan berdampinglah dengan mereka yang kuat agama (bukan seperti ustaz betul tapi tak betul seperti post aku yang lepas2" insya Allah dengan berdamping dengan mereka-mereka ini sedikit sebanyak dapat memberi pandangan dan pendapat yang berlandaskan cara islam... ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH

p/s: ingin menjadi pemerhati yang memandang dengan HATI.......

Monday, September 7, 2009

banyak berkorban atau terkorban.....



salam.....
diam tak diam kita dah memasuki fasa ke 2 dalam bulan puasa iaitu fasa keampuanan..... tak tau lah... sejauh mana ibadah yang dilakukan.... semakin bertambah amalan ibadah atau semakin bertambah nafsu makan dan tidur....
sesekali bermonolog sendiri tentang tanggungjawab seorang isteri, ummi, guru, pelajar dan juga hamba Allah...... tak terpikul rasenya... nak melayan nafsu perempuan lagi nak dekat2 raye ni.... kalau ikut logik...Dunia belake ....
aku bole terima semua tu.... tetapi kekadang manusia ini perlu ade perubahan yang ke arah positif... Islam mengalakkan kebersihan... tapi macam mana nak mengekalkan kebersihan tu? maknanya kena la ade kerjasama dalam proses menjaga kebersihan... bukannya duk mengeluh2... tetiba rumah, toilet, dapur 'bercahaya', rumput tetiba jadi pendek bersih daripada sebarang kotoran.... bagi yang berwang takkan jadi masalah.... panggil je orang datang bersihkan @pun ambik je bibik... sebenarnya itu bukan jalan penyelesaian.... itu hanya membantu... yang penting kesedaran. aku berkata ni pun untuk diri sendiri
kalau di luahkan banyaknya pengorbanan yang dilakukan terlalu banyak... TETAPI.... rujukan buku aku, macam biasa penulisan Pahrol menyedarkan aku.. Indahnya sanggup berkorban sebagai isteri dalam Islam ialah apabila KEIKHLASAN membatasi segalanya, Allah akan bayar CASH .. tetapi sekiranya terkorban di mana mengungkit, mengharapkan balasan, mencemuh malah mengeluh sekalipun dalam menguruskan urusan, maka sia-sialah segala perbuatan yang mana boleh dianggap ibadah ini....
Nilai hati nilai diri...
P/s: aku juga manusia (wanita)
nampak emas nak emas, nampak sofa nak sofa, pagar rumah org tu cantik, nak jugak.... aku petik lagi kata2 suami aku... nak sume tu nung tunggu kat syurga.....
ape nilai nye ye?.....