Monday, May 25, 2009

yahoo.... cuti.....


cuti sekolah akan tiba.. nak g mana ye..? gambar tu mase pegi ke kalantan raya haji tahun lepas... syok la jgk pegi sana... cuti kali nie aku akan terpisah ngan hubby aku selama 3-4 hari... sebab aku balik ke trg dulu tolong mak mertua menguruskan urusan perkahwinan anak terunanya yang lawyer tu... tak pe lah... kekadang berjauhan ngan suami ni boleh memuhasabahkan diri... bagi suami pulak bolehlah meluangkan masa dia ngan kerja-kerjanya (oh hubby ku, rajin-rajin la menulis tesis ye.. nanti ma abg tanye ummi..he..3x)
kl ke trg tak pernah jauh ku rasakan.... ini kerana ada je topik yang dijadikan perbincangan.. daripada topik yang ringan hingga yang berat-berat.... daripada nak buat rak buku sampai kisah-kisah buku yang dia miliki.... (yang pasti rak buku tingal rak buku....yang berubah bilangan buku-buku jugak yang bartambah...) tapi balik kali tak la aku mendengar celotehnya...harapan agar saat berjauhan ini akan mengeratkan lagi kasih sayang kami...

Friday, May 22, 2009

Tanah Suci.......


tanah suci mekah...... walaupun aku tak pernah menjejaki kakiku ke sana namun aku amat gembira sekiranya rakan-rakanku bercerita tentangnya.... makin membuak-buak rasenya nak ke sana..... dua rakanku akan ke sana pada hari isnin ni (25/5) untuk menunaikan umrah... K. Hafizah n K. Shila.... k. Hafizah suaminya memang berkerja di sana. Hari-hari mengerjakan umrah agaknye.... :D, bila la aku jugak boleh ke sana.... semalam aku baca buku Nota Seorang Lelaki yang dibeli kat pesta buku 2009,(baru ade kesempatan nak baca... bebudak tengah exam...rilek sikit...). buku yang di tulis oleh sesorang penulis yang amat aku senangi dengan penulisannya iaitu Ustaz Pahrol...( Nak tunggu suami aku menulis, tak tau bila...) buku tersebut mengandungi cerita-cerita pendek tetapi cukup berkesan dalam penyampaian isinya... begitu bersahaja... kisah aku nak share ialah berkenaan kekuatan seorang wanita biasa yang luar biasa... iaitu Siti Sarah isterinya Nabi Ibrahim... Isteri yang ditinggalkan oleh suaminya.. (demi jalan Allah)... kekuatan siti sarah dalam mengharungi hidup yang dalam keadaan yang sarat mengandung hingga lahirnya Nabi Ismail... ketabahan siti sarah yang ditinggalkan sedikit pun beliau tidak memburuk-burukkan suaminya, tidak menyesali akan hidupnya malah makin kuat imannya terhadap Tuhan yang satu... kalu nak tahu cerita yang detail kene beli buku Us. Pahrol tu ye.... Moral yang aku cuba buat daripada kisah tadi ialah sebagai seorang isteri, suami sememangnya merupakan seorang pelindung kepada isteri (@ isteri-isteri... he..3x), namun kepada Allah jua pelindung yang kekal abadi..... kepada para isteri yang ditinggalkan atau diabaikan oleh sang suami, doaku adalah agar dirimu dilindungi oleh Allah sentiasa... dan sesungguhnya Allah tidak akan mengujimu sekiranya Dia tahu dirimu tidak mampu... niali diri nilai hati

Wednesday, May 20, 2009

sambutan birthday akif


Seronoknya hari minggu yang lepas...pada asalnya yang yang buat kecil-kecilan, last-last ramai jugak jemputan yang hadir walaupun aku panggil last minit... he..3x tak menang tangan jugak aku dibuatnya... alhamdulillah....

Sunday, May 17, 2009

Result examku....


Hari ni dapat result PTK yang tak lepas-lepas lagi tu... Jawapan yang sama je tiap-tiap tahun... macam mana nak naik pangkat nie... kurang belajar lagi ke atau tak belajar langsung... tapi tak pe lah.. Tak de PTK tak pulak baca buku.. agak itu lah sebabnya adanya PTK- nilai hati nilai diri

Saturday, May 16, 2009

Sotong oh sotong



Tahun ini mengidam la suamiku nak pegi mencandat sotong...cuti sekolah tak sama dengan cuti uia matrik..... tapi rindu la aku nak makan sotong segar...ingat lagi tahun lepas, bawak balik hampir 40 kg sotong, fresh, aku masakkan nasi goreng untuk makan pagi tu..... nasi goreng sotong... banyak sotong dari nasi, dalam gambar ni pun action je lebih... harapkan orang lain tangkap lepas tu tumpang bergaye, he... itu la suami ku tersayang....;) nilai hati nilailah diri....

Friday, May 15, 2009

Diam-diam dah 5 tahun

alhamdulillah....
syukur ku terhadap Ilahi.... Anak ku yang sulang itu telah mencapai umurnya yang ke 5 semalam.... diam tak diam dah 6 tahun usia perkahwinanku.... :) mengimbau kembali saat melahirkan anakku yang sulung, pengalaman yang sungguh tak sanggup untuk diingati.... Hanya mengingati kematian sahaja.... sakit yang berpanjangan... dengan keadaan yang di 'induse' dan akhirnya di selama 24 jam perjuanganku, lahir umat nabi Muhammad pada jam 6.01 p.m di pusrawi kota damansara yang diberi nama Wan Akif Farhan Bin Wan Najmuddin... harapan anakku ini akan sentiasa beri'tiqaf untuk duniawi dan ukhrowi....Kepada akif, abang akif dah besar, rajin-rajin lah solat bersama ummi dan walid, jangan lupa baca Al-Quran dan fahami kandungannya sekali, ingatlah, jagalah hati kerana dengan hati yang bersih lahirnya perbuatan yang baik-baik juga.... begitu lah sebalikny.... nilai hati nilai diri

Wednesday, May 13, 2009


kepentingan ilmu.......
"ummi, akif nak masuk tv jugak macam walid." inilah kata anakku tentang semangatnya untuk menuntut ilmu..... maksud masuk tv disini adalah tayangan skrin besar kepada tetamu yang tidak masuk ke dewan semasa hari graduasi..... tak tahu kalau salah tafsiranku tentang masuk tv tu kot-kot dia nak jadi artis ke, penceramah ke atau .......( takut nak sebut).....tetapi sampai ke saat ini, masuk tv yang dia fahami adalah berkenaan menerima skrol...... doaku sebagai seorang ibu, agar impiannya akan berterusan dalam menuntut imu.Amin.... nilai diri nilai hati