Friday, May 22, 2009

Tanah Suci.......


tanah suci mekah...... walaupun aku tak pernah menjejaki kakiku ke sana namun aku amat gembira sekiranya rakan-rakanku bercerita tentangnya.... makin membuak-buak rasenya nak ke sana..... dua rakanku akan ke sana pada hari isnin ni (25/5) untuk menunaikan umrah... K. Hafizah n K. Shila.... k. Hafizah suaminya memang berkerja di sana. Hari-hari mengerjakan umrah agaknye.... :D, bila la aku jugak boleh ke sana.... semalam aku baca buku Nota Seorang Lelaki yang dibeli kat pesta buku 2009,(baru ade kesempatan nak baca... bebudak tengah exam...rilek sikit...). buku yang di tulis oleh sesorang penulis yang amat aku senangi dengan penulisannya iaitu Ustaz Pahrol...( Nak tunggu suami aku menulis, tak tau bila...) buku tersebut mengandungi cerita-cerita pendek tetapi cukup berkesan dalam penyampaian isinya... begitu bersahaja... kisah aku nak share ialah berkenaan kekuatan seorang wanita biasa yang luar biasa... iaitu Siti Sarah isterinya Nabi Ibrahim... Isteri yang ditinggalkan oleh suaminya.. (demi jalan Allah)... kekuatan siti sarah dalam mengharungi hidup yang dalam keadaan yang sarat mengandung hingga lahirnya Nabi Ismail... ketabahan siti sarah yang ditinggalkan sedikit pun beliau tidak memburuk-burukkan suaminya, tidak menyesali akan hidupnya malah makin kuat imannya terhadap Tuhan yang satu... kalu nak tahu cerita yang detail kene beli buku Us. Pahrol tu ye.... Moral yang aku cuba buat daripada kisah tadi ialah sebagai seorang isteri, suami sememangnya merupakan seorang pelindung kepada isteri (@ isteri-isteri... he..3x), namun kepada Allah jua pelindung yang kekal abadi..... kepada para isteri yang ditinggalkan atau diabaikan oleh sang suami, doaku adalah agar dirimu dilindungi oleh Allah sentiasa... dan sesungguhnya Allah tidak akan mengujimu sekiranya Dia tahu dirimu tidak mampu... niali diri nilai hati

No comments:

Post a Comment