Saturday, July 25, 2009

LEBIH TAKUT CCTV DARIPADA ALLAH

salam kepada semua makhluk di muka bumi..... susulan penulisanku yang tanpa henti... bukan nak menunjukkan kehebatan diri, cuma untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian perbincangan....
berkenaan rumah tangga memang menjadi topik kegemaran ku.... entah kenapa... bukan nya sebab suka ambik tahu hal dalam-dalam kain orang tapi mungkin kerana ini adalah suatu alam yang meramaikan umat dan penilaian ke atas umat itu sama ada 'ada nilai' atau 'tiada nilai'.
topik akhbar berkenaan e-book jadi e-lucah.... pemberian komputer riba kepada murid sekolah di terengganu telah disalah gunakan.... tak tau nak salahkan siapa.... masalah di salah sebuah sekolah di Dungun di mana guru meliwat dua pelajarnya.... pun tak tau nak salahkan siapa... yang pasti jangan salahkan sesiapa.. tundinglah jari itu pada diri sendiri dulu... muhasabah diri...
susulan penulisan ku di mana 'ustaz betul' pun tengok video lucah... itu yang kita pandang yang mempunyai pegangan iman yang kukuh.... bukan nak menghentam para ustaz, tapi sekadar menyampaikan luahan yang mana kepada mereka inilah tempat rujukan segala kebaikkan... seandainya salah kata-kataku ini kenapa adanya ruangan 'tanyalah ustaz' di tv 9.. ruangan tersebut menjelaskan islam mengalakkan itu dan ini..., jauhi perkara itu dan ini... siap dengan dalil-dalilnya.... tapi sayang, ade juga segelintir ustaz ilmu yang mereka ade disia-siakan begitu sahaja....
"agaknya tak nak melepaskan nikmat dunia jugak kot....?"
sememangnya aku tak tahu nak memerangkan bagaimana untuk menghalang manusia daripada menonton video2 seumpama ini... aku tak berkuasa..... memohon kepada Allah sahajalah yang termampu dilakukan... ini semua ada kaitannya.... bermula daripada institusi kekeluargaan, seterusnya kemasyarakatan dan seterusnya nilai sebuah negara....
Semua kesan dan akibat ini akan ku terangkan dalam artikel sekiranya aku diberi peluang suatu hari nanti.... saat ini aku cuba membawa dalam bentuk situasi...
" seorang anak muda yang sering menonton video yang menayangkan kehebatan di ranjang, aksi bercium di dalam lif, bentuk badan gadis yang sedang mandi yang tak tau malu , yang tak bermaruah yang mana menjadi keseronokkannya sang lelaki terbabit... lebih menyeronokkan apabila mendapat sokongan moral daripada rakan taulan... siap bole berkongsi-kongsi menonton....
hasil daripada perkongsian tersebut, salah seorang rakannya telah berkeluarga turut serta dalam aktiviti yang tak berfaedah tersebut.... Alangkah terkejutnya perempuan yang dia tonton itu adalah anak daranya yang baru berusia belasan tahun..."
itu situasi pertama......kesinambungan dalam jangka panjang....
" sang ayah memegang jawatan yang dipandang mulia oleh masyarakat.... tetapi angkara si ayah yang suka kepada video yang tak barfaedah semasa mudanya telah diperturunkan kepada anak jantannya pula.... macam mana si ayah nak marah si anak sedangkan dia sedang mengamalkan proses "bapak borek anak rintik"
Kepeda mereke-mereka ini... berpuasa lah.... itu yang diajar dalam islam... jangan mendekatkan diri ke arah zina mata zina hati.... jangan bersms lucah, jangan wujudkan perasaan terhadap perempuan2 yang bukan muhrim, yang pasti jangan menipu... tak kan nak tunggu Ramadhan baru nak tinggalkan semua ni....
mungkin tulisan ku ini menampakkan 'BIAS' tetapi aku ade dengar yang mengatakan wanitalah yang paling ramai di neraka.....

aku suka akan petikan Nabil Raja Lawak...... "Lu Piiiiiikiiiiirrrrr la sendiri...."

Ya Allah.... internet merupakan DAJAL yang telah muncul pada zaman ini.... ini apabila internet disalah gunakan.... dunia semakin menghampiri akhir zaman...
NILAI DIRI NILAI HATI

No comments:

Post a Comment