Wednesday, October 7, 2009

lelaki masa depan....

hari ini aku menjalankan tugas aku menjadi pengawas peperiksaan di sebuah sekolah yang mana 1 jenis jantina sahaja iaitu jantina yang berbeza dari sekolah yang aku mengajar.... Anwar zain ade menyanyikan lagu tentang jantina yang aku maksudkan... iaitu LELAKI ini....(bak kata laki aku,,"nak berdakwah kene tau belake")tapi sayang, aku tak tau tajuk ape lagu tu yang pasti dia duk ulang lelaki ini yang.... lelaki ini yang....dan aku pasti ada diantara para2 suami telah mengubahsuai bait-bait lagu terbabit....(hasil penceritaan para2 isteri kepadaku)
sedih sesangat aku dibuatnya kepada kaum lelaki ini....ku lihat wajah mereka satu per satu... wajah yang akan menjadi pemimpin dunia, pemimpin negara, pemimpin masyarakat, pemimpin keluarga , dan hamba tuhan.... kenape mereka jadi macam ni.. sehinggakan masa senggang pun tidak tahu akan maknanya?
aku dapat lihat bahawa patut pun perempuan mendominasi di universiti... kerana exam adalah bidangnya.... tetapi lelaki tidak.. untuk duduk diam 1 jam macam ayam berak kapor dibuatnya... paling mengerunkan aku pelajar yang tidak boleh menjawab tenung melihat aku seperti aku ni macam ayam panggang , kambing bakar ataupun ape2 makanan yang sedap2... scary betul... aku di offkan untuk sessi petang punya paper iaitu paper pendidikan islam. (kalu tak lagi teruk aku menghentam kat sini)
ini baru peperiksaan PMR belum SPM... masa yang panjang lagi untuk mereka. tapi ape yang bole aku nampak untuk bilik no 5 daripada ada 7 bilik untuk centre aku tu, akedemik bukan minat mereka. agaknya kemana hala tuju mereka kalau akedemik bukan minat mereka? aku code kate2 seorang pengetua" Cikgu, bimbing mereka jadi manusia pun cukuplah cikgu..." Ya Allah...
agaknya aku ni belum terdedah lagi dengan kes pelajar yang buta huruf, pelajar yang mesalah pembelajaran, dan sewaktu dengannya... namun aku dah ade 2 anak lelaki yang masih kecil2, ape perasaan aku kalau salah seorang pelajar di bilik 5 tadi anak aku? na u'zubillah..... namun aku percaya, Allah tu maha adil, setiap ciptaanNya ada kelebihan di mana-mana sudut...
sama2 lah main peranan sebagai pendidik, ibubapa, pemberi nasihat dan sebagainya kepada geranasi mendatang agar mereka tidak terus hanyut............(kalau bole pendidik, ibubapa dan pemberi nasihat pun jangan hanyut sama...)

P/S: Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa ku di mana aku telah 'termengumpat' di dalam hati ini tentang pelajar2 tadi, semoga pelajar2 tadi menjadi insan cemerlang gemilang terbilang oleh kerana guru2 mereka sampai terlentang mendidik dan membimbing mereka.... esok aku bawak tasbih ke kelas untuk pengisian rohani, insya Allah...

No comments:

Post a Comment